TAMBAHAN


Baiklah anak murid cikgu semua, cikgu ada sediakan satu aktiviti untuk kamu mengenali haiwan. Mahu mencuba? Mari kita kenali haiwan. 
 

Cadangan Aktiviti :

1. Sila berada dalam kumpulan berempat.
2. Setiap kumpulan akan diberikan dengan satu helai kertas dan pensil.
3. Setiap kumpulan dikehendaki melukis satu gambar haiwan.
4. Haiwan yang boleh dipilih ialah burung, harimau, kura - kura dan ikan.
5. Selepas itu, labelkan (namakan) bahagian sifat luaran haiwan tersebut.
6. Bentang hasil lukisan kamu di hadapan rakan yang lain.

SELAMAT MENCUBA! ;-)


Mari kita lihat bahagian - bahagian haiwan!

Apa ada pada seekor burung? 
Burung mempunyai paruh, bulu pelepah, ekor, dua kaki dan dua kepak. 

Apa ada pada seekor harimau? 
Harimau mempunyai ekor, bulu, empat kaki dan dua telinga. 

Apa ada pada seekor kura - kura? 
Kura - kura mempunyai kepala, cengkerang dan empat kaki.  

Apa ada pada seekor ikan?
Ikan mempunyai mulut, ekor, sisik, sirip dan dua mata.

No comments:

Post a Comment