Objektif Pembelajaran
1.1 Murid dapat memerhati dan mengenal ciri luar haiwan
Hasil Pembelajaran
1. Murid dapat mengenali ciri luar haiwan sekurang - kurangnya empat dari enam ciri luar
haiwan .
2. Murid dapat memberikan sekurang - kurangnya, satu contoh haiwan bagi setiap ciri
luar haiwan.
Haiwan merupakan salah satu benda hidup. Ciri fizikal luar haiwan berbeza antara satu sama lain. Antara ciri fizikal haiwan yang dimiliki ialah:
1. Bercengkerang
2. Berbulu
3. Bersisik
4. Berkepak
5. Berbulu pelepah
6. Berekor
7. Berparuh
Mari lihat contoh haiwan bagi
setiap ciri fizikal luar! :-)
1. Bercengkerang
Bercengkerang bermaksud mempunyai suatu bahagian keras yang melindungi
badan haiwan. Sebagai contoh penyu, kura - kura, siput dan ketam.
2. Berbulu halus
Berbulu bermaksud mempunyai bulu halus di badan haiwan tersebut. Sebagai
contoh beruang, kucing, orang utan, monyet dan harimau.
Beruang |
Kucing |
Orang Utan |
3. Bersisik
Bersisik bermaksud mempunyai kepingan - kepingan keras di badan
haiwan. Sebagai contoh ikan, tenggiling dan ular.
Ikan |
4. Berkepak
Berkepak bermaksud mempunyai kepak di kiri dan kanan badan haiwan
yangkebanyakannya digunakan untuk terbang. Sebagai contoh rama - rama,
kupu - kupu, semua jenis burung, ayam, itik dan angsa.
Burung |
5. Berbulu pelepah
Berbulu pelepah bermaksud mempunyai bulu yang sedikit besar yang terdapat
padabadan haiwan yang terdapat pada keluarga burung seperti ayam, itik, angsa
dan semua jenis burung.
Ayam |
Itik |
6. Berekor
Berekor bermaksud
mempunyai ikor dan kebiasaanya terletak di belakang badan haiwan. Sebagai
contoh monyet, burung, lembu, kuda, kerbau dan harimau.
Kuda |
Monyet |
7. Berparuh
Mempunyai satu bahagian keras merangkap mulut bagi sesetengah haiwan. paruh dipunyai oleh kumpulan haiwan jenis burung. Sebagai contoh ayam, itik dan burung.
Ayam
|
Itik
|
Burung
|
Kerang termasuk ciri fizikal haiwan:
ReplyDeleteBercengkerang?