Saturday, 7 July 2012

Haiwan : Sifat Luaran Haiwan


Objektif Pembelajaran
 1.1 Murid dapat memerhati dan mengenal ciri luar haiwan

Hasil Pembelajaran
 1. Murid dapat mengenali ciri luar haiwan sekurang - kurangnya empat dari enam ciri luar
     haiwan .
 2. Murid dapat memberikan sekurang - kurangnya, satu contoh haiwan bagi setiap ciri
     luar haiwan.


Haiwan merupakan salah satu benda hidup. Ciri fizikal luar haiwan berbeza antara satu sama lain. Antara ciri fizikal haiwan yang dimiliki ialah:
1. Bercengkerang
2. Berbulu 
3. Bersisik 
4. Berkepak 
5. Berbulu pelepah 
6. Berekor
7. Berparuh 




Mari lihat contoh haiwan bagi setiap ciri fizikal luar! :-)

1. Bercengkerang
    Bercengkerang bermaksud mempunyai suatu bahagian keras yang melindungi badan haiwan. Sebagai contoh penyu, kura - kura, siput dan ketam. 
Kura - kura 
ketam 


2. Berbulu halus
    Berbulu bermaksud mempunyai bulu halus di badan haiwan tersebut. Sebagai contoh beruang, kucing, orang utan, monyet dan harimau.

Beruang

Kucing
Orang Utan






     3. Bersisik
         Bersisik bermaksud mempunyai kepingan - kepingan keras di badan haiwan. Sebagai contoh ikan, tenggiling dan ular.

Ikan
Tenggiling


4. Berkepak
    Berkepak bermaksud mempunyai kepak di kiri dan kanan badan haiwan yangkebanyakannya digunakan untuk terbang. Sebagai contoh rama - rama, kupu - kupu, semua jenis burung, ayam, itik dan angsa.
Rama - rama 
Burung


5. Berbulu pelepah 
    Berbulu pelepah bermaksud mempunyai bulu yang sedikit besar yang terdapat padabadan haiwan yang terdapat pada keluarga burung seperti ayam, itik, angsa dan semua jenis burung.

Ayam
Itik

6. Berekor
    Berekor bermaksud mempunyai ikor dan kebiasaanya terletak di belakang badan haiwan. Sebagai contoh monyet, burung, lembu, kuda, kerbau dan harimau.
Kuda

Monyet

7. Berparuh 
    Mempunyai satu bahagian keras merangkap mulut bagi sesetengah haiwan. paruh dipunyai oleh kumpulan haiwan jenis burung. Sebagai contoh ayam, itik dan burung. 

Ayam
Itik

Burung